Sesudah Reunion - Part 5
KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU <- Klik Sini
KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU <- Klik Sini
KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU <- Klik Sini
KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU <- Klik Sini
KOLEKSI GAMBAR REUNION 89ERS MRSM BALIK PULAU <- Klik Sini
Lusa reunion ex-student MRSM Balik Pulau batch 89. Atau lebih glamer digelar ex-MRSM BP 89ers. InsyaAllah aku akan menyertai mereka nanti. Tapi ke Maktab aku masih tak pasti. Rasanya malas tapi teringin pula nak ambil gambar. Naluri fotografi aku tiba-tiba mengajak aku kesana. Puncanya sedang aku asyik membelek-belek majalah Nostalgia, aku terlihat gambar aku sedang memegang sebuah kamera SLR jenama Nikon. Entah, aku sudah lupa modelnya. Tapi itu adalah kamera maktab dan aku ketika itu adalah jurufoto maktab.
Sepatutnya aku berterima kasih kepada Amron Roni kerana dia mengajar aku teknik-teknik asas fotografi. Kalau tidak memang aku langsung tak mahir menggunakan kamera SLR. Ada beberapa shot yang aku ingat memang aku yang ambil. Tapi aku masih tidak boleh lupa si Joke, ketua editor Nostalgia merosakkan segulung filem kerana sedikit masalah peribadi. Marah pun ada tapi aku disabarkan oleh Amron. Tak, aku tak berdendam. Ketika itu saja yang aku marah.
Aku asyik membelek-belek Nostalgia dan baru tersedar bahawa ada juga nama aku terselit dalam artikel. Ianya berkaitan dengan minggu Bahasa Inggeris dimana telah diadakan satu pertandingan, Crazy Invention. Apa saja rekacipta yang bersifat 'crazy'. Aku dan SAS (korang budak maktab cari sendiri nama penuh dia) mewakili kelas 5A. Satu lagi penyertaan kelas 5A ialah oleh Amron kalau tak silap. Rekacipta aku adalah 'Crazy Shoe' dimana tapak kasut boleh ditukar kepada jenis tapak yang lain bergantung kepada penggunaannya. Aku masing ingat Amron dan Aida sanggup derma kasut mereka untuk aku jahanamkan sehingga menjadi rekacipta tersebut. Menarik. Kasut sukan Amron dan kasut jalan Aida jadi mangsa. Akhirnya kami jadi juara. Tapi patutnya, SAS diberi penghargaan sebab dia yang banyak buat penjelasan.
Menarik apabila membaca kembali Nostalgia. Aku tahu mutu penerbitannya agak rendah dan tidak memuaskan hati. Tapi cukuplah untuk sentiasa dikenang. Aku pernah cadangkan tidak lama dulu agar Nostalgia 92 ini dibuat kembali (remake) dan disalut dengan kertas keras (hard-cover) dengan isi kandungan berwarna sepenuhnya. Boleh. Aku sedia convert semua design tersebut kepada InDesign untuk percetakan. Tapi kena ambil sumber asal. Mana nak cari semua tu? 15 tahun dah berlalu...
Ya... banyak kenangan. 15 tahun tapi masih dalam kenangan. Mungkin aku jenis yang suka hidup dengan kenangan. Jadi, biarkanlah.
Esok aku balik kampung. Aku akan ke Pulau Pinang dari sana. Tidur tidak pasti di mana lagi nanti. Janji aku boleh sertai dinner pada Sabtu malam nanti.
Aku teruskan lagi dengan agenda MRSM Balik Pulau. Sehari dua ni aku sibuk mencari kakak dan adik angkat aku. Aku jumpa seorang dua.

Hidup ini semakin cliche. Hujung minggu berpusu-pusu orang ke kompleks membeli belah, taman-taman awam, sungai, pantai dan rimba untuk 'bersantai'. Bersesak-sesak di lokasi tersebut dan entah apa yang mereka cari. Tenangkah mereka dalam kesesakan orang ramai?
frossonice: Malam Semalam <- Rujuk Link Ini...
Jarang-jarang menulis sekarang. Satunya kerana kekurangan idea. Lainnya kerana aku berjanji tidak akan berbual hal politik lagi, maka tiada sumber untuk aku berbicara. Malah selepas ini, aku juga tidak mahu lagi berbual hal politik di rumah atau di mana-mana saja. Itu protes aku tentang keadaan politik di Malaysia sekarang.

Aku sudah lebih 3 tahun bekerja di Putrajaya. Banyak perubahan yang aku nampak. Sebelah pejabat sudah sibuk mesin-mesin bergema mendirikan kompleks bangunan komersial. Mungkin ianya komplek bangunan komersial swasta yang pertama di Putrajaya. Lebih spesifik lagi di kawasan pulau.
"cikguzul berkata...Tak sangka juga bila seorang bekas cikgu telah mengunjungi blog aku dan meninggalkan komen. Seorang itu lebih menarik kalau beliau adalah cikgu motivasi yang sentiasa menarik perhatian semua pelajarnya. Cikgu Zul singgah ke blog aku dan meninggalkan jejaknya. Terima kasih.
Assalamu'alaikum Sharidan,
Found you while surfing the net! Dunia menjadi semakin kecil dalam zaman IT. Menghubungkan silaturrahim menjadi semakin mudah.
Saw your post about me. Thanks.
Baca-baca juga beberapa posting di sini terutama yang berkaitan dengan MRSM BP. Yang berkenaan dengan merry-go-round dan rahsia-rahsia yang berkaitan dengannya, baru dapat tahu hari ni... tempat tu memang bukan tempat pilihan untuk buat spot check...
Insya-Allah will be there in BP for the Nostalgia 25 tahun on 26 Julai. Hope to see you there!
Best regards,
Cikgu Zul.
cikguzul@tm.net.my"
Ya, masih mengenai Utusan Malaysia dan media arus perdana melayu lain.
Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar Melayu yang amat bodoh. Mungkin wartawan-wartawan dan ketua editor mereka adalah budak sekolah tadika yang diambil bekerja atas alasan, mereka takkan melawan cakap orang tua.
Kelmarin aku ke Low Yat di Bukit Bintang. Mencari kertas Matte Art Double Sided untuk printer. Aku mahu cetak kad jemputan perkahwinan, bukan aku punya.
"Tak Sedar Dek Untung..."
Words are flying out like
endless rain into a paper cup
They slither while they pass
They slip away across the universe
Pools of sorrow waves of joy
are drifting thorough my open mind
Possessing and caressing me
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Images of broken light which
dance before me like a million eyes
That call me on and on across the universe
Thoughts meander like a
restless wind inside a letter box
they tumble blindly as
they make their way across the universe
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Sounds of laughter shades of life
are ringing through my open ears
exciting and inviting me
Limitless undying love which
shines around me like a million suns
It calls me on and on across the universe
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Nothing's gonna change my world
Polis memberi amaran agar orang ramai tidak berkumpul hujung minggu ini untuk menyertai tunjuk perasaan mengenai kenaikan harga minyak di Petaling Jaya.


Sepanyol menjuarai Kejohanan Bolasepak Negara Eropah (Euro 2008) di Vienna kelmarin hasil jaringan pemain Liverpool, Fernando Torres. Aku anggap pasukan yang sepatutnya menang telah menang dan aku puas hati. Sepanjang kejohanan berlangsung, hanya Sepanyol yang aku nampak bermain dengan begitu cantik dan berseni. Seperti melihat Brazil bermain bolasepak. Maka, wajar Sepanyol dianggap sebagai Brazil Eropah, bukannya Crotia atau Portugal.
© frossonice v2.0 by frossonice 2009
Kembali ke ATAS