31.5.09
26.5.09
Sekejap Mengeluh
"Idan, boleh tak tolong buat ini?"
Menunggumu
Dua puluh minit setelah selesai berbual, aku masih belum tidur. Aku memang sebenarnya mengantuk. Amat mengantuk.
Tindakan Dalam Sedar
Aku katakan kepadanya; kalau diberi pilihan pada saat dan ketika ini, kalau aku tahu rumahnya, aku akan datang dan cabut kabel internetnya dan lalu aku suruh dia tidur. Sambil aku ucapkan selamat malam dan semoga damai hendaknya.
25.5.09
Senja Nan Merah (Aku Rasalah)
Menilai Diri Ini
10 minit terlelap dan aku terjaga dari tidur. 10 minit. Itu sudah tentu rekod peribadi untuk tidur paling sekejap paling pendek. Biasanya tidur sekejap aku akan berlarutan sampai pagi.
24.5.09
Setakat Malam Ini
Kerja di bengkel sudah selesai. Cuma tinggal pemurniannya saja nanti.
23.5.09
Menghurai
Ada beberapa perkara yang mengelirukan orang. Terutamanya di tempat lain (maksud aku bukan di dalam blog ini). Jangan keliru. Kadang-kadang ianya cuma permainan kata. Ada waktunya nampak "terlebih mesra" menyebabkan ada antara kita yang pantas cuba menafsirkan sesuatu.
22.5.09
Meredah Kerja
Sekejap lagi aku akan bergegas untuk kerja luar, sehingga Ahad. Aktiviti yang memenatkan badan dan otak. Minggu depan, Isnin sudah ada kerja berat; lawatan timbalan menteri pula. Selasa, satu kerja berat lagi; penilaian amalan 5S oleh MPC. Minggu lagi satu, paling berat; penilaian Star Rating oleh MAMPU selama lebih kurang seminggu. Sepanjang waktu itu, darah bakal naik setinggi mungkin.
Menarik
Aku temui sesuatu yang menarik. Aku mengisi ruang lebih tiga jam menulis baris-baris kata. Lalu aku mahu berkata,
21.5.09
Memaksa Sempurna
Semasa berbual dengan seorang kenalan, aku tanyakan kepadanya jenis kamera yang dia guna. Dia jawab kamera cap ayam. Jawapan yang sinis, ya. Tetapi juga menarik.
20.5.09
Melupakannya
1.40 pagi. Sebentar tadi aku sudah hampir tidur. Kemudian aku terdengar sebuah lagu di iTunes. Lagu baru yang dimuat turun secara haram dari internet. Aku pasti akan beli CD asli. Atau kalaulah iTunes Store boleh menjual lagu di sini. Lebih mudah.
Kantoi
Aku mahu kamu pergi sini,
19.5.09
Warna Hidup
Walaupun aku rabun warna, namun warna-warna alam sentiasa menjadi damai aku. Bila hati tidak keruan atau hanya sekadar duduk diam melihat suasana alam, warna-warnanya yang hampir semuanya aku tidak kenali itulah menjadi ceria dalam hidup ini.
18.5.09
Dari Simpang Ke Simpang Lain (Ceritanya)
Kamu tahu, semakin aku sibuk dengan kerja, semakin sibuk juga orang luar dari kerja yang telefon, emel, jumpa dan minta sesuatu dari aku.
17.5.09
Tisu Kertas - Pokok - Hutan - Alam
Tisu sudah banyak di sekeliling aku. Bukan menangis, cuma selsema. Bukan juga influenza A, cuma hidung agak sensitif dengan habuk. Ada pil Clarinase di dalam kereta tetapi amat malas hendak turun ke kereta tengah malam buta semata-mata kerana sebiji pil. Jadi biarlah aku guna kertas tisu saja.
16.5.09
Cahaya Malam
Pertama kali (secara serius) bermain dengan cahaya malam. Lebih jelas lagi, cahaya lampu kenderaan di atas jalan raya. Aku sering teruja dengan gambar garisan cahaya yang terhasil daripada lampu kenderaan yang sedang bergerak.
Percubaan pertama. Gegar habis. Peringatan untuk diri sendiri; bumbung kereta bukan tripod yang sesuai.
Salah timing. Hehehe. Satu kereta saja.
Peringatan untuk diri sendiri lagi. Sekali tekan, terus lepas. Jangan menggatal hendak perbetulkan kamera.
Sudah semakin hampir menjadi. Tetapi cahaya masih agak lebih dari yang sepatutnya (ikut mata aku yang rabun warna ni la).
15.5.09
Hampir Serius
Semakin tidak selesa menulis di sini. Aku tahu dan sedar bahawa begitu ramai orang di pejabat yang membaca. Sepatutnya aku tidak pedulikan mereka. Namun kerana mereka itu di tempat kerja dan aku sentiasa ada di situ, sukar benar hendak berterus terang.
14.5.09
Senja Tadi
Mula-mula aku juga terfikir begitu. Apa pula sudip besar buat tercacak di Putrajaya? Namun mungkin kerana kreativiti penciptanya, ianya cuma tiang lampu. Bezanya, besi(?) leper di atasnya digunakan untuk membalikkan cahaya.
13.5.09
Kita Minum Dulu!
Cuaca nampak redup di luar, seperti hujan bakal turun. Tapi masih belum turun. Kalau tidak, sekurang-kurangnya sejuk sedikit suasana. Lagipun cahaya petang selepas hujan amat menarik kalau hendak di rakam dengan lensa kamera.
12.5.09
Singgah Sebentar
Entah kenapa, sejak beberapa hari kebelakangan, blog ini dikunjungi oleh lebih ramai orang.
Masjid Besi Hampir Siap
Masjid Besi di Putrajaya sudah hampir siap. Masjid yang sekarang sudah diberi nama Masjid Sultan Mizan, dahulunya pernah juga dikenali sebagai Masjid Putrajaya. Ia digelar masjid besi kerana struktuk binaan utamanya menggunakan besi, termasuk kerawang dinding yang melengkung kamu nampak dalam gambar.
Apa Kes Sekarang?
Rupa-rupanya masih belum selesai lagi. Kenapalah masih mahu berebut?
Dilarang Melompat Lagi!
Okay, keputusan mahkamah sudah tahu.
Jadi lebih baik dibubarkan saja dewan dan adakan pilihanraya baru. Biar rakyat tentukan wakil mereka. Itu lebih adil dan telus (kalau tidak ada yang menipu lagi).
Selepas ini kalau ada wakil rakyat yang melompat parti lagi, biar ke arah mana pun mereka lompat, mereka ini patut dibaling batu atau dibaling najis binatang saja. Tidak menjaga amanah rakyat dan pentingkan diri sendiri.
Bahang Panas
Panas sekarang. Siang tadi aku terperasan bahawa daun semakin banyak berguguran dari pokok. Kipas 16 inci di dalam bilik ini pun tidak membantu meredakan bahang panas.
Sebab itulah juga mungkin di Malaysia ini orang malas berjalan sana sini atau malas berbasikal ke tempat kerja. Ini jawapannya, panas. Jangan kita bandingkan keadaan kita dengan kotaraya mesra basikal seperti Amsterdam dan Beijing. Cuaca mereka lebih banyak sejuk dari panas.
Juga seperti wujudnya siar kaki lebar di Putrajaya. Itu sebenarnya adalah perkara yang merugikan. Tiada sesiapa yang mahu berjalan di situ kecuali terpaksa atau cuaca agak selesa.
Solusi sebenar adalah agak lurus. Perkenalkan kenderaan elektrik solar untuk kegunaan dalam bandar. Atau sediakan kereta (buggy) elektrik ini supaya ianya boleh di sewa dan digunakan di atas siar kaki untuk orang mudah bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain yang berdekatan.
Kalau susah juga, pasang saja bumbung. Tetapi bukan jenis lutsinar yang akhirnya akan membahang panas.
Aku perlu mandi untuk sejukkan badan. Kamu juga jangan lupa minum banyak air kosong dan elakkan berada di bawah terik matahari dalam jangkamasa yang lama. Kecuali terpaksa.Itu pun, pastikan ada perlindungan yang secukupnya. Sejukkan badan dengan mandi lebih kerap.
Bahang panas boleh membunuh. Itu realitinya.
11.5.09
frossonice 2009-2010
Ya, aku tahu. Tukar template lagi. Aku rasa mungkin ini yang final untuk versi terbaru. Cuma aku tidak pasti dengan banner di atas. Aku sudah cuba di Internet Explorer dan Firefox, kedua-dua berfungsi dengan baik. Aku menggunakan Google Chrome di rumah dan amat selesa dengannya. Esok aku akan cuba di browser Apple Safari pula. Kalau itu juga boleh, aku akan puas hati.

Belum Siap
Abaikan.
10.5.09
Gerik
Koleksi gambar ini adalah koleksi lama yang aku rakam sewaktu musim Aidilfitri tahun lepas. Baru sekarang terasa hendak dipaparkan di sini.










Aku akan rakamkan beberapa gambar lagi bila pulang ke Gerik nanti. Ada yang menarik hendak diberitahu.
9.5.09
8.5.09
Menjerit Ke Langit
Ubahsuai blog ini masih belum selesai. Walaupun antaramuka sudah aku tukar, tapi aku rasa ianya agak tidak menarik dan "detached" dengan pembaca. Jadi aku akan tukar kemudian.
7.5.09
Hasrat Aku, Orang Perak
The PM is faced with a tough choice – a Hobson's choice where neither is really a choice. Hang on to Perak at all cost and suffer the continuing wrath of Perakians.Win the battle and lose the war. Or let them choose who they want as their lawmakers. In the process, the PM will undoutedly earn the respect even of his most severe critics even though the Barisan may end up losing in the new polls. There's always another day to pick a fight. And win.
Bob Teoh, Mysinchew.com
6.5.09
Seterusnya
Bengkel selesai.
5.5.09
Kerja Luar Lagi
Salak Tinggi.
Sedang menghadiri bengkel kerja dari Isnin hingga Rabu. Namun sejak semalam, siang hari aku dihabiskan di pejabat kerana menyiapkan slaid persembahan untuk lawatan Menteri baru KDN ke JPN. Masalah yang timbul adalah kerana orang yang hendak memberi taklimat adalah orang baru (Bos Besar baru) yang langsung tidak tahu apa-apa mengenai JPN. Baguslah tu. Agaknya memang JPA suka menyusahkan orang lain.
Aku di sebuah cyber cafe di tepi hotel. Semua komputer di dalam kedai ini adalah dinasaur termasuk yang sedang aku guna ini. Skrin hanya mampu memaparkan resolusi 800x600 sahaja. Kali terakhir aku menggunakan resolusi sebegini adalah beberapa tahun lalu.
Cyber cafe ini memang boleh diandaikan seperti hidup segan, mati tidak mahu. Aku teringat pertama kali bekerja di sebuah Cyber Cafe kecil di Padang Jawa, Shah Alam di penghujung 90an. Lima buah PC Pentium 1 dengan Windows 98. Segala setting network seperti hanya dewa saja yang tahu melakukannya. Kelajuan internet? 56Kbps. Kalau boleh capai. Biasa sekadar 30Kbps. Perkara paling menarik dilakukan ketika itu adalah chatting di IRC.
Sudahlah. Aku bosan lihat skrin kecil ini.
4.5.09
Terbeban
Kerana bebalnya orang di atas, aku menjadi bosan dengan kerja hari ini.
Lapar Tengah Malam Buta
Itulah, tadi semasa di RnR Tapah, member tanya nak makan pau ke tak, aku jawab tidak. Aku makan aiskrim Baskin Robbins berharga RM18.50.
Selamat Hari Lahir, Sahabat.
Hari ini adalah hari lahir ex-gf aku, Renny.
Buat Kerjalah!
Malam baru tiba dari kampung. Jalan agak sesak dengan kenderaan yang berpusu-pusu kembali ke Ibu Kota. Kalau awal dulu kerajaan berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam; bina perkhidmatan kereta api laju contohnya, tidaklah teruk sangat sesak jalanraya.
3.5.09
2.5.09
Orang Kampung Semua Sudah Tahu!
Aku balik sebentar ke Gerik kerana menghadiri kenduri.
Setiba di majlis tersebut, aku jumpa beberapa orang yang ingatan aku masih kenal walaupun hampir 20 tahun tidak ditemui. Berjabat salam dan tersenyum. Bertanya khabar. Kemudian, perkara pertama disoal mereka,
"Dan, hang punya website tu on lagi ka?"
What the heck? Orang kampung di hulu Perak bertanyakan blog ini. Orang kampung. Okay, internet sudah ada di kampung ini sejak beberapa tahun dulu. Tapi masih, aku agak hairan.
Kamu ingat iklan Celcom berkaitan budak lelaki balik kampung kemudian tariannya yang dicuri rakam masuk ke dalam YouTube? Aku rasa begitu. Pelik kenapa hampir semua orang kampung tahu. At least, orang kampung yang aku kenal dan jumpa.
Rupa-rupanya blog aku ini memang agak popular terutama kalau mereka yang rajin Google mengenai Gerik, Kampung Hulu Kenderong dan yang berkaitan. Jadi tidak mustahil orang yang mengenali aku turut sama akan jumpa blog ini.
Bila tiba di rumah arwah Tok, pakcik bertanyakan hal yang sama.
Aku tersenyum dalam hati.
Ada faedah juga blog ini.
Santai
Sepanjang hari, entah kenapa, aku tidur dan tidur begitu lena. Mungkin kerana terlalu letih. Aku bangun di lewat petang dan terasa dunia seperti baru. Segar dan nyaman. Ada istimewanya tidur di atas tilum empuk di kampung ini. Aku tidak diganggu dengan hiruk pikuk dunia.


